Monday, August 10, 2009

BINGKISAN UNTUK PTD MUDA...

Bila kita membicarakan soal kepimpinan,sering kali kita melihat dari skop yang agak luas. Namun,bila seseorang itu dilantik menjadi ketua atau pemimpin,maka tanggungjawab telah diterima dan perlu dilaksanakan.Waima menjadi ketua darjah pun,tanggungjawab mesti dilunaskan.Bila anda menjadi pemimpin,Tuhan akan hisap apa yang dipimpin dan apa yang memimpin.Bukan senang menjadi pemimpin dan hakikatnya semua manusia adalah pemimpin.Tidak menjadi pemimpin di satu komuniti pun,kita tetap akan menjadi ketua keluarga ataupun memimpin kerajaan hati iaitu diri sendiri. Meniti kegemilangan Malaysia setelah hampir setengah abad merdeka,kepimpinan Malaysia sering bertukar ganti,susur galur kepimpinan sebelum ini boleh dikenalpasti sama ada mewarisi atau selaku pemimpin tunggal. Apa yang dikatakan mewarisi seperti Tun Abd Razak dan Tun Hussein Onn serta besar kemungkinan Tun Abd Razak dan Dato Najib Tun Razak (InshaAllah).Pemimpin tunggal yang berjaya dengan delegasi sendiri seolah-olah selaku striker tunggal dalam formasi bola sepak adalah seperti pak lah dan Tun Mahadir.Walauapapun persoalan yang mungkin timbul sama ada wujudnya kronisme,nepotisme (Wallahualam).Mungkin ada pro-kontra nya nepotisme dalam kepimpinan,sebagai contoh Sayidina Umar Al Khatab melantik puteranya sendiri mewarisi khalifah di Baghdad. Ini disebabkan kemistri antara ayah dan anak serta semangat meneruskan dan menyayangi delegasi dari orang terdahulu.Namun adakah pewaris di zaman sekarang masih setia dengan delegasi pemimpin terdahulu (Wallahualam). Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur. Timur mungkin dimaksudkan Jepun,Korea ataupun India. Dasar tadbir urus Malaysia pun turut dipengaruhi dasar ini. Mungkin dasar tadbir urus kerajaan lebih melihat India kerana kaya dengan kasta dan korupsi. Sebagai contoh,skim perkhidmatan awam PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik),suatu masa dulu pekerjaan ini cukup dihormati dan ramai pemimpin kita lahir dari profesein ini seperti Pak Lah. Sekarang,sistem urus tadbir kerajaan menerima lambakan PTD dan sepatutnya semakin hebat suatu sistem urus tadbir,maka semakin mengecil piramid pentadbiran urus tadbir. Apa yang berlaku,kerja semakin kurang,gaji semakin naik,kenaikan pangkat terlalu cepat,tanpa pengalaman serta ada segelintir mereka bersikap egoistik, puak-puak dikalangan mereka, tidak mahu bercampur dengan golongan yang mempunyai skim yang lebih rendah dari mereka seperti kerani (konon nya ilmu banyak,belajar sampai universiti). Inilah hakikatnya dalam sistem tadbir urus. Kepimpinan yang terancang dilihat dari cepatnya kenaikan pangkat dan kita boleh tentukan siapa yang memimpin seterusnya. Apa ada pada profesional?boleh bawa ke liang lahad?Mangkuk tandas kat umah dibuat dari emas ke?Tidak perlu bersifat jongos dengan orang bawahan,jangan poyo (maaf),apa yang perlu ada keikhlasan dan rasa rendah diri. Bagi PTD yang baru, nasihat dari pengarang,peganglah tanggungjawab tanpa prejudis dengan orang bawah. Tiada guna anda menjadi orang hutan yang melolong tanpa arah tujuan. Setiap manusia ada kelebihan,ada kekurangan. Tiada PTD yang kaya melainkan dia betul-betul berada di puncak (Paklah) dan mengamalkan KORUPSI. Tiada yang lebih bererti dari perpaduan dalam sistem tadbir urus. Bukan setakat menjadi terbaik dari produktiviti,malah terhebat dari segi perpaduan dan dari perpaduan wujudnya team work.

Permasalahan PTD ini berlarutan andainya fresh graduate yang agak "mentah" pemikiran dan mentadbir orang-orang lama. Ini sebenarnya mewujudkan konflik dan meletak kan mereka ini tidak pandai membuat kerja. Atas dasar ini, blogger menyarankan 8 perkara harus suruhanjaya dan jabatan perkhidmatan awam fkirkan:


i) Skim PTD ini dikecilkan skop dan dasar pengambilan nya di hadkan agar tidak wujud PTD
yang hanya tahu mengarah.

ii) Sistem kenaikan pangkat harus dipertimbangkan dan tidak mengikut seniority, lebih holostik
kepada kompetensi.

iii) Menghapuskan sistem kontrak dan mengambil @ "merekrut" dahulu PTD selama beberapa bulan, sebelum diserap, adapun diserap, mereka harus belajar dari bawah. Ini berbeza
dengan DPA (Diploma Pentadbiran Awam).

iv) Amalan budi bahasa dan hormat menghormati harus diserap kepada PTD muda.

v) Biarkan PTD ini belajar di jabatan tanpa orang bawahan, agar mereka lebih prodaktif dan
berdikari.

vi) Semua pegawai kerajaan tidak di beza tarafkan dari segi pemakaian neck tie, kerana
pembezaan taraf ini menampakan dasar kasta dalam kehidupan.tiada perpaduan.

vii) Kenaikan gaji dan pangkat harus dikaji berdasarkan kompetensi yang holistik.

viii) Pengambilan PTD dibuat berdasarkan kelayakan yang betul-betul layak beliau menjawat
jawatan tersebut, bukannya meletak seorang yang berijazah seni lakon i dalam skim ini.
Harus difikirkan kepada semua siswa siswi jurusan pentadbiran.


8 manifesto ini bukan untuk melobi sesiapa atau bersifat dengki kepada sesiapa, hanya teguran dan kritikan dingin dari marhaein yang inginkan pentadbiran kerajaan lebih telus sejajar dengan 1 malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian ditingkatkan...


Mengapai ke langit,mengakar ke bumi...



0 comments: